Pandangan bandaraya Bandar_Raya_New_York

Panorama Bandar Raya New York yang dirakam dari Hoboken, NJ. Bermula di Jambatan George Washington di kiri sekali hingga Midtown Manhattan di tengah-tengah, dan Jambatan Verrazano-Narrows di kanan sekali.

Seni bina

Bangunan pencakar langit di Lower Manhattan.Bandar Raya New York di waktu malam

.

Bangunan Empire State dan Bangunan Chrysler yang dibina mengikut gaya Art Deco.

Latar langit Manhattan cukup terkenal kerana diisi berbilang pencakar langit, termasuklah antara bangunan-bangunan yang tertinggi di dunia. Pada Ogos 2008, Bandaraya New York mempunyai 5,538 buah bangunan bertingkat tinggi[32], termasuk 50 pencakar langit siap dibina yang melampaui paras 656 kaki (200 m). Justeru itu, New York menjadi bandaraya yang paling banyak pencakar langitnya di Amerika Syarikat, dan kedua terbanyak di dunia, di belakang Hong Kong.[33]

New York bermegah dengan bangunan-bangunan yang beraneka gaya seni binanya. Antaranya, Bangunan Woolworth (1913), sebuah pencakar langit Gothic revival yang dibina dengan perincian gothik yang besar-besaran. Resolusi Pengezonan 1916 mewajibkan anjakan dalam bangunan baharu, serta mengehadkan keluasan menara kepada suatu peratusan saiz lotnya, supaya cahaya matahari sampai ke jalan raya di bawah.[34]

Gaya Art Deco pada Bangunan Chrysler (1930), dengan bumbung yang tirus dan berpuncak keluli, mencerminkan keperluan pengezonan tersebut. Bangunan ini disergamkan oleh perhiasan yang tersendiri seperti replika hiasan bumbung Chrysler berbentuk helang di setiap sudut di aras 61.[35]

Satu contoh gaya "antarabangsa" yang amat berpengaruh di Amerika Syarikat ialah Bangunan Seagram (1957) yang menonjol kerana mukanya yang dilengkapi rasuk I berwarna gangsa untuk membangkitkan struktur bangunan. Bangunan Condé Nast (2000) pula ialah satu contoh pencakar langit yang berekabentuk "hijau" di AS.[36]

Daerah-daerah perumahan yang besar di New York sering kelihatan rumah teres, rumah bandar dan rumah pangsa klasik buatan batu coklat yang dibina pada zaman pembangunan pesat mulai tahun 1870 hingga 1930.[37] Batu dan bata menjadi bahan pilihan untuk membina bangunan di bandar raya ini setelah pembinaan rumah berangka kayu berkurangan ekoran Kebakaran Besar pada tahun 1835.[38]

Satu ciri penting yang ada pada bangunan kota ini ialah menara air buatan kayu yang terpasang pada bumbung. Pada abad ke-19, pihak berkuasa bandaraya mewajibkan semua bangunan yang melebihi enam tingkat terpasang menara air untuk mengelakkan tekanan air berlebihan di paras rendah yang boleh memecah paip air bandar.[39]

Rumah pangsa bertaman menjadi keutamaan di kawasan yang jauh dari bandaraya pada 1920-an, contohnya Jackson Heights di Queens.[40]

Taman

Battery Weed bersejarah di bahagian Staten Island dalam Sistem Taman Negara

Bandar Raya New York mempunyai kawasan taman perbandaran seluas lebih 28,000 ekar (110 km2) dan pantai awam sepanjang 14 batu (23 km).[41] Kawasan taman ini diperluas oleh kawasan taman persekutuan dan negeri yang beribu-ribu ekarnya.

Sistem Taman Negara

Gateway National Recreation Area; bahagian Negeri New York merangkumi Jamaica Bay Wildlife Refuge di Brooklyn, rawang garam yang lebih 9,000 ekar (36 km2) luasnya, pulau-pulau dan perairan yang meliputi sebahagian besar Teluk Jamaica. Kubu Wadsworth di Staten Island dengan binaan bersejarah Battery Weed dan Kubu Tompkins dan Great Kills Park juga terletak di Staten Island bersama kawasan pantai dan Great Kills Harbor.

Taman Negeri New York

Terdapat tujuh taman negeri dalam lingkungan Bandar Raya New York, termasuk Taman Negeri Clay Pit Ponds, sebuah kawasan semula jadi yang merangkumi rangkaian denai yang menyeluruh, dan Taman Negeri Riverbank, kemudahan seluas 28 ekar (110,000 m2) yang terletak 69 kaki (21 m) di atas paras Sungai Hudson.[42]

Jabatan Taman dan Rekreasi Bandar Raya New York

  • Prospect Park di Brooklyn, merangkumi tanah rumput, tasik dan hutan seluas 90 ekar (360,000 m2). Di dalam taman ini ada tapak bersejarah Battle Pass yang pernah memainkan peranan penting dalam Pertempuran Long Island.[44]
  • Di Staten Island, Conference House Park mengandungi tapak bersejarah Conference House di mana berlangsungnya satu-satunya cubaan mencapai peleraian damai bagi Revolusi Amerika yang dihadiri oleh Benjamin Franklin sebagai wakil Amerika dan Lord Howe sebagai wakil British. Di dalam taman ini juga terdapat Burial Ridge, tanah perkuburan Peribumi Amerika yang terbesar di dalam Bandar Raya New York.
Central Park ialah taman bandaraya yang paling ramai pengunjungnya di Amerika Syarikat.

Daerah perbandaran

Sepintas Lalu Lima Daerah Perbandaran
Bandar Raya New York
Bidang
kuasa
Bilangan
penduduk
Keluasan
tanah
Daerah
perbandaran
Kauntianggaran
1 Julai 2009
batu
persegi
km
persegi
ManhattanNew York1,629,0542359
The BronxBronx1,397,28742109
BrooklynKings2,567,09871183
QueensQueens2,306,712109283
Staten IslandRichmond491,73058151
8,391,881303786
19,541,45347,214122,284
Sumber: United States Census Bureau[1][5][46]

Bandar Raya New York terdiri daripada lima daerah perbandaran (borough).[47] Setiap daerah perbandaran sama peringkat dengan kaunti di Negeri New York, seperti yang ditunjukkan berikutnya. Dalam setiap daerah terdapat ratusan kawasan tetangga, setiap satunya ada sejarah dan keistimewaan yang tersendiri. Andai kelima-lima daerah ini menjadi bandaraya berasingan, Brooklyn, Queens, Manhattan, dan Bronx pasti tersenarai dalam sepuluh bandaraya teramai penduduknya di Amerika Syarikat.

  • The Bronx (Kaunti Bronx: Pend. 1,397,287)[1] ialah daerah paling utara di Bandar Raya New York, tempat terletaknya Stadium Yankee (pangkalan besbol New York Yankees), dan juga kompleks perumahan milik koperasi terbesar di AS, iaitu Co-op City.[48] Selain sebahagian kecil Manhattan yang dikenali sebagai Marble Hill, Bronx ialah satu-satunya bahagian bandaraya yang terletak di atas tanah besar AS. Di sini terletaknya juga Zoo Bronx, taman haiwan metropolitan terbesar di Amerika Syarikat yang menjadi tempat tinggal lebih 6,000 haiwan atas tanah seluas 265 ekar (1.07 km2).[49] Bronx juga merupakan tempat kelahiran budaya rap dan hip hop.[50]
  • Brooklyn (Kaunti Kings: Pend. 2,567,098),[1] di hujung barat Long Island, merupakan daerah perbandaran yang teramai penduduknya dalam bandaraya ini. Ia merupakan bandaraya berasingan sehingga tahun 1898. Brooklyn terkenal kerana kepelbagaian budaya, sosial dan etnik, persada seni bebas, kelainan besar sesama kawasan kejiranan dan warisan seni bina yang tersendiri. Inilah satu-satunya daerah di luar Manhattan yang mempunyai kawasan kejiranan pusat bandar yang tersendiri. Daerah ini bercirikan dermaga pantai yang panjang dan Coney Island, taman hiburan terawal di negara yang ditubuhkan pada 1870-an.[51]
  • Staten Island (Kaunti Richmond: Pend. 491,730)[1] adalah yang paling berciri subbandar antara kelima-lima daerah. Staten Island dihubungkan dengan Brooklyn oleh Jambatan Verrazano-Narrows, dan dengan Manhattan menerusi khidmat Staten Island Ferry yang percuma. Staten Island Ferry adalah salah satu tarikan pelancong yang paling diminati di Bandar Raya New York kerana ia menyediakan pemandangan Statue of Liberty, Ellis Island, dan Lower Manhattan yang tiada tandingannya. Di tengah-tengah Staten Island, terletaknya Greenbelt berkeluasan 2,500 ekar (10 km2) yang dilengkapi laluan pejalan kaki sejauh 28 batu (45 km) dan antara hutan dara yang terakhir di bandaraya ini.[54] Greenbelt yang merangkumi tujuh taman bandaraya ditandakan pada tahun 1984 untuk melindungi tanah semula jadi.

Rujukan

WikiPedia: Bandar_Raya_New_York ftp://dossier.ogp.noaa.gov/GCOS/WMO-Normals/RA-IV/... http://www.ebeijing.gov.cn/Sister_Cities/Sister_Ci... http://adage.com/datacenter/datapopup.php?article_... http://www.allbusiness.com/construction/4266400-1.... http://www.cincodias.com/articulo/mercados/Londres... http://www.citymayors.com/statistics/richest-citie... http://www.cnbc.com/id/29862382/The_World_s_Most_E... http://money.cnn.com/2007/06/13/real_estate/public... http://money.cnn.com/magazines/fortune/fortune500/... http://www.editorandpublisher.com/eandp/news/artic...